Pelaburan Hartanah

Pelaburan Hartanah
Pulangan Pelaburan Hartanah @ seminar360.asnb.com.my

Pulangan Pelaburan Hartanah

Pelaburan dalam hartanah secara langsung mahupun melalui unit amanah hartanah menawarkan pulangan yang menarik dan tinggi.Pelaburan dalam hartanah secara langsung menawarkan pendapatan melalui sewa yang dikenakan sekiranya hartanah tersebut disewakan ataupun melalu kenaikan nilai modal sekiranya hartanah tersebut dijual.

Pelaburan melalui unit amanah hartanah pula menawarkan pulangan berbentuk kadar hasil.

Oleh kerana mahu mengurangkan risiko pelaburan,vincent telah mempelbagaikan pelaburannya dalam hartanah secara langsung dan melalui unit amanah yang sememangnya telah dipelbagaikan dari segi aset hartanah dalam portfolio tersebut.

Selain rumah yang didiaminya,Vincent yang memiliki beberapa hartanah menyewakan sebuah apartmen dan sebuah rumah teres dua tingkat miliknya yang masing-masing terletak di kuala lumpur dan selangor pada kadar RM1,000 dan RM 1,200 sebulan.Dengan bayaran pinjaman bulanan masing-masing pada kadar RM 800 dan RM 1,000,Vincent bejaya membuat keuntungan RM 200 untuk setiap aset hartanah tersebut.

Vincent bercadang untuk menjual apartmen yang dibelinya pada harga RM 180,000 tersebut pada harga RM 290,000 setelah tamat kontrak sewa dengan penyewanya hujung tahun ini.Vincent akan meraih keuntungan kasar sebanyak RM 110,000 dari penjualan apartmen tersebut sekiranya berjaya.

Selain itu,Vincent juga ada melabur dalam dua unit amanah hartanah yang berbeza.Unit amanah hartanah biasanya membuat pelaburan dalam pelbagai aset hartanah termasuk bangunan pejabat,bangunan runcit,bangunan kilang,bangunan hospitaliti seperti hotel dan pusat peranginan golf,kawasan desa dan pelbagai hartanah lain.

Unit amanah hartanah bukan sahaja dipelbagaikan memnerusi jenis hartanah malah dari segi lokasi hartanah.Unit amanah hartanah juga diuruskan oleh pengurus profesional yang lebih arif mengenai pasaran hartanah.

Vincent telah membeli unit amanah hartanah yang kedua - duanya terlibat dengan aset hartanah bangunan pejabat yang mempunyai kadar sewa yang baik dan kadar penghunian yang mencecah 95%.Tahun ini,kedua-dua unit amanah tersebut telah mengumumkan kadar hasil masing-masing 5% dan 5.6%.

Pelaburan Vincent dalam hartanah secara langsung dan melalui unit amanah hartanah kedua duanya memberi pulangan yang baik.Ini kerana Vincent telah memastikan  lokasi hartanah pilihan beliau boleh memberi pulangan sewa  yang tinggi.Beliau juga telah memastikan bahawa unit amanah hartanah yang dipilih dan diurus oleh pakar yang profesional serta mempunyai portfolio hartanah yang baik dengan penyewa yang bagus.

Sumber Artikel : Sinar harian 6 Jun 2012@ Seminar Pelaburan 360 Hari
Enhanced by Zemanta

0 Response to "Pelaburan Hartanah"